16hb September 2008 - Pengalaman berbuka bersama anak-anak yatim sememang suatu pengalaman yang menyeronokkan...Melihat pada wajah anak-anak ini terasa sesuatu yang kosong di dalam diri mereka..mereka mengharapkan belaian dari kasih seorang ayah dan ibu..Mungkin kehadiran kami serba sedikit mampu memenuhi sedikit kekosongan dalam diri mereka...sekurang mereka sedar masih ada yang menyayangi dan mengingati mereka..
Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana telah diberikan nikmat kasih sayang dan berkeluarga sepanjang hidup. Dan segala nikmat yang Allah bagi perlulah disebarkan kepada yang memerlukannya..